Deritanya siapa yang tahu, seorang wanita rela menahan sedihnya untuk hadir ke majlis perkahwinan suami bersama isteri baharu.
Redha menerima takdir, wanita itu terlihat sangat kuat dan sentiasa mengukir senyuman kepada tetamu yang hadir.
Menyita perhatian, wajah isteri pertama menjadi tumpuan setelah adik pengantin lelaki memuat naik rakaman majlis itu di laman TikTok.
Mengenakan baju kebaya berwarna putih bersama selendang sulam yang dipin di bahu, penampilan wanita itu dipuji oleh penonton.
Bukan sahaja tampak anggun, bentuk badan menarik wanita itu juga tidak terlihat seperti ibu yang telah melahirkan tiga orang anak.
Diminta bergambar bersama suami dan madu di atas pelamin, ramai yang kagum melihat wajah ‘baby face’ isteri pertama.
Rata-rata penonton tertanya-tanya mengapa sang suami berkahwin baru sedangkan isterinya masih kelihatan muda dan berseri.
“Isteri pertama sumpah jauh lebih cantikkk!. Ya Allah tak faham aku,” komen seorang pengguna yang hairan dengan tindakan lelaki itu.
“Tu bini ke? Lah, ingatkan anak dia wee. Lawanya kecik je orangnya ya, comel.” Komen pengguna lain yang kagum melihat rupa paras isteri pertama.
Baca juga: “Jangan beli rumah, sewa sahaja”, nasihat padu jutawan ini buat orang buka mata
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio