Wajah kapten bola sepak Indonesia cantik bak bidadari curi tumpuan

Oleh ROSLAN ZAMAN

Kebiasaanya pemain bola sepak padang sinonim dengan kaum lelaki sahaja. Sesuai dengan peredaran zaman, kaum wanita juga sudah pun menjadi sebahagian daripada pemain bola sepak kini.

Kalau di Malaysia, nama Intan Serah terkenal di bibir-bibir rakyat Malaysia khususnya kaum lelaki dalam sukan bola sepak. Kecantikan Intan Serah menjadi sebutan dikalangan kaum adam ini.

Di Indonesia tidak kurang hebatnya apabila wajah kapten bola sepak wanita Indonesia menjadi kegilaan rakyatnya di sana. Kecantikan Safira Ika diangkat bak bidadari di sana. Bukan sahaja di Indonesia, bahkan sejak video Safira Ika tular di media sosial, namanya kini menjadi trending di media sosial Malaysia.

Kecantikan luar biasa yang dimiliki pemain itu persis model di pentas peragaan. Bahkan wajah Safira juga turut menarik perhatian peminat Harimau Malaya.

Pemain berusia 21 tahun itu bukan hanya menjual wajahnya sahaja, malah kualiti atas padangnya juga meraih pujian menggunung kerana sering memberi impak positif kepada pasukan kebangsaan wanita Indonesia.

Dia yang memulakan kerjaya bersama Persis Solo itu kini sedang mendapatkan pengalaman beraksi bersama kelab Jepun, FC Ryukyu Ladies dengan dia dilihat merupakan tonggak penting pasukan

Baca: Amelia Christie beli kereta idaman kedua pada usia 24 tahun, terkejut tahu harga cecah RM150,000