Malaysia Dateline

Penduduk Isalm Myanmar dari suku Rohingya menjadi mangsa ketika Mnyamar ditadbir oleh kerajaan pimpinan Suu Kyi yang kononnya juara hak asasi manusia.

Wajar atau tidak Muslim Rohingya dibenarkan masuk jadi perdebatan hangat

Apakah wajar umat Islam Rohingya dibenarkan masuk ke Malaysia atau tidak ketika negara sedang berhadapan dengan wabak Covid-19 terus menjadi semakin hangat.

Bagi Parti Amanah Negara (AMANAH), permohonan mereka untuk mendarat di Malaysia wajar diberikan pertimbangan kerana mereka bukan datang untuk berniaga atau seumpanya tetapi untuk menyelamatkan diri.

“Mereka dibunuh di Myanmar. Tu sebab mereka lari dari negara mereka. Bukan datang cari kerja, tetapi menyelamatkan diri,” tulis Khalid Abd Samad, Pengarah Komunikasi AMANAH mempertahankan sikap beliau bahawa Muslim Myanmar perlu dipertimbangkan untuk diberi perlindungan.

KHALID SAMAD

Tambah Khalid, “PH berdiri bersama golongan ang tertindas dan dizalimi. Itu kewajiban agama Islam.

“Agama Melayu Islam saya tak tahulah. Kalau menyamun pun ok, mungkin tidak membela mangsa kezaliman pun ok,” tulis beliau di twitternya.

Beliau juga mengecam tindakan kerajaan yang tidak melaksanakan motto kerajaan PN iaitu kerajaan Melayu Islam.

“Takkan kerajaan MELAYU ISLAM PN bersikap begini? Samada Rohingya Muslim atau pelarian Vietnam dahulu, biarlah pendekatan kita berhati perut.

“Ada cara lebih baik tangani masalah ini sambil menjaga diri kita. Bukan mengusir mereka ke laut yang pasti ke arah kematian. PH tak buat,” katanya.

Khalid berhujjah tentang keperluan untuk memberikan peluang kepada Muslim Rohingya ini menyelamatkan diri manakala ada juga yang menolak hujjah itu.

Baru-baru ini, Reuter melaporkan, tindakan menghalang kapal yang membawa umat Islam Rohingya dari berlabuh di negara ini telah menyebabkan sekurang-kurangnya, 24 orang etnik Rohingya maut.

Kesemua mereka berada dalam sebuah kapal yang cuba memasuki perairan Malaysia namun dihalang mendarat, lapor pihak pengawal pantai Bangladesh.

Menurut Reuters, 396 penumpang yang lain telah diselamatkan setelah berada di laut selama kira-kira dua bulan.

“Mereka berada di laut selama dua bulan dan sangat lapar,” kata seorang pengawal pantai itu kepada Reuters dalam satu kiriman mesej.

Namun tidak kurang juga yang berpendapat, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini wajar sahaja pihak berkuasa Malaysia tidak membenarkan bot-bot yang membawa Muslim Rohingya ini dihalang masuk ke peraiaran Malaysia.

“Ketika kita disekat dari bergerak, takkan orang luar hendak dibenar masuk pula,” kata mereka ketika berhujjah dengan Khalid.

Pengguna twitter bernama Nurin ketika berhujjah dengan Khalid melalui twitter pula berkata, “Agak-agaklah YB. Takkan kera di hutan hendak disusukan, anak di rumah mati kelaparan.”