Wajibkan peniaga sediakan bag guna semula, cadang Pemuda Amanah

Walaupun menyokong pendekatan kerajaan negeri Selangor dan lain-lain mengehadkan penggunaan bag plastik, Pemuda Amanah menuntut agar kerajaan negeri mewajibkan pasaraya dan kedai menggunakan 'reusable bag' (beg guna semula) dalam premis mereka.

Wajibkan peniaga sediakan bag guna semula, cadang Pemuda Amanah

Walaupun menyokong pendekatan kerajaan negeri Selangor dan lain-lain mengehadkan penggunaan bag plastik, Pemuda Amanah menuntut agar kerajaan negeri mewajibkan pasaraya dan kedai menggunakan ‘reusable bag’ (bag guna semula) dalam premis mereka.

Menurut Pemuda Amanah, walaupun mereka menyokong usaha ini, namun mereka bimbang tindakan mengenakan caj 20 sen untuk bag plastik akan menambah bebanan ekonomi rakyat yang sudah terbeban kini.

Demikian kata ‘Asim ‘Abdullah bin Ainullotfi, Pengarah Biro Alam Sekitar Pemuda Amanah.

Mereka setuju, plastik adalah antara komponen karbon yang menyumbang besar kepada pencemaran alam.

Dengan proses penguraian yang boleh mencecah 100 tahun atau lebih, ia akan mengakibatkan pencemaran terhadap persekitaran sama ada pada tanah, udara mahu pun air.

Bagi mereka, inisiatif kerajaan negeri Selangor mengenakan caj 20 sen untuk beg plastik adalah satu usaha yang baik bagi mengurangkan penggunaan beg plastik oleh pengguna sekali gus membantu pemeliharaan alam sekitar.

“Pun begitu, kami juga bimbang dengan situasi ekonomi negara yang tidak menentu, kos sara hidup yang meningkat, harga minyak kerap dinaikkan, keputusan membuat total ban secara mendadak ini serta mengenakan caj 20 sen, sekali pun nilainya kecil tetapi ia tetap boleh membebankan rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya.

Justeru itu, katanya, Pemuda Amanah Nasional menuntut agar perkara ini dilihat secara menyeluruh dan juga mengambil kira aspek ekonomi rakyat. Antara cadangan yang kami mahu lontarkan adalah:

– Pengecualian penggunaan beg plastik secara berselang hari. Ada hari yang dikenakan caj 20 sen, ada hari yang tidak. Pelaksanaannya secara berperingkat.

– Satu tabung mesra alam diwujudkan agar caj 20 sen yang dikenakan kepada pengguna dikembalikan dalam program berbentuk kesedaran alam untuk warga selangor.

– Keluarkan ‘reusable bag’ dan wajibkan pasaraya dan kedai menggunakan ‘reusable bag’ ini dalam premis mereka.

– Terus mempelbagaikan usaha mendidik rakyat mengenai usaha pemeliharaan alam sekitar.

“Alam ini milik kita bersama maka kita perlu rasa bertanggungjawab untuk menjaganya. Kerosakan alam pada hari ini, akan mengakibatkan generasi akan datang hidup dalam dunia yang tercemar.

“Oleh yang demikian, mari kita sama-sama pelihara alam ini sebaik mungkin,” katanya.