Wakil Chenderoh,11 ahli Umno terbabit kemalangan

Wakil Chenderoh,11 ahli Umno terbabit kemalangan

Wakil Chenderoh Datuk Zainun Mat Noor dan 11 anggota Umno telah dimasukkan ke hospital selepas terlibat dalam perlanggaran membabitkan beberapa kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan pagi ini.

Ketua Polis Daerah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata insiden itu berlaku apabila seorang pemandu lori hilang kawalan menyebabkan lori dipandunya terbabas di tengah-tengah lebuh raya di KM329 (arah utara) Tapah kira-kira jam 6.20 pagi tadi.

“SUV yang membawa Datuk Zainun Mat Noor, yang berada di belakang lori, tidak dapat berhenti serta merta dibelakang lori yang membawa muatan batu porselin sebelum MPV yang membawa anggota Umno itu pula menghentam kenderaan wakil Chenderoh itu,” katanya lapor Malaymail hari ini.

Zainun dan penumpang MPV dimasukkan ke dalam unit kecemasan Hospital Tapah untuk rawatan lanjut

Wan Azharuddin berkata, pemandu lori berusia 33 tahun dari Lunas, Kedah tidak mengalami kecederaan.

Siasatan awal menunjukkan Zainun dan penumpang MPV sedang dalam perjalanan ke perhimpunan agung Umno yang bermula hari ini.

COMMENTS

Wordpress (0)