Malaysia Dateline

Wakil Mahasiswa AMANAH setara dengan barisan Jawatankuasa Pimpinan Pemuda

Zamirul Nur Hakim

Pelantikan Pengerusi Mahasiswa Amanah Nasional sebagai Ahli Jawatankuasa Lantikan dalam Jawatankuasa Pimpinan Pemuda AMANAH Nasional merupakan pengiktirafan yang besar buat sayap golongan penuntut itu.

Pengerusi Biro Mahasiswa Pemuda AMANAH Nasional, Zamirul Nur Hakim berkata, wakil Mahasiswa AMANAH kini mempunyai suara dan kedudukan yang setara dengan barisan ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda AMANAH Nasional yang lain.

“Pihak kami percaya pengiktirafan ini adalah satu langkah besar untuk memacu gerak kerja Pemuda dan juga Mahasiswa AMANAH (MA) sendiri.

“Medan ini akan digunakan sebaik mungkin oleh MA untuk bergerak seiringan dengan Pemuda dalam membawa suara anak muda sama ada dalam kancah politik mahupun dalam isu-isu kebajikan masyarakat,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.