Malaysia Dateline

‘Wakil rakyat Melayu yang rompak harta negara tiada agenda?’

Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad menempelak seorang pensyarah yang mengaitkan sumbangan wakil rakyat bukan Melayu kepada orang Melayu kononnya ada udang di sebalik batu.

Beliau berkongsikan imej cek dan suasana Majlis Penyampaian Pakej Bantuan Khas Fasa 3.1 (Penang Lawan Covid-19) kepada Surau, Sekolah Agama Rakyat dan Pemegang Tauliah Mengajar yang tular di media sosial.

“Ada Prof kangkung yang marah bila Melayu dibantu wakil rakyat bukan Melayu. Semua beragenda katanya. Wakil rakyat Melayu yang rompak harta negara takde agenda?

“Cek ni (gambar bawah) amacam? Ambil sambil menyumpah?” sindirnya di Twitter hari ini.

LANJUT MENYUSUL