Malaysia Dateline

Wakil rakyat sewa hotel 5 bintang jadikan PPV

Ramai menzahirkan rasa resah apabila isu temujanji vaksin yang masih belum diterima, atas tanggungjawab ini Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menyewa hotel lima bintang untuk dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Setiap hari kami di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam bertubi-tubi menerima aduan keresahan orang ramai tentang isu temujanji vaksin yang masih belum di terima.

“Sebagai wakil rakyat pembangkang sudah pasti kami tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan berkenaan tarikh temujanji vaksin,” tulis Rosly Yusof.

Atas rasa kebertanggungjawaban ini, Steven Sim menyelesaikan keresahan rakyat dengan mengadakan perbincangan pelbagai pihak hasilnya, sebuah PPV telah berjaya di lakukan di sebuah hotel 5 bintang di Taman Machang Bubuk.

Hotel ini berkemampuan memberi vaksinasi seramai 2,000 orang sehari menjadikan PPV yang paling ramai penerima vaksin di Seberang Perai Tengah.

Steven difahamkan telah membayar sebanyak RM45,000 untuk sewa bagi kegunaan pusat vaksinasi ini.