Malaysia Dateline

Walak dan kisah kambing curi

Dialog suami isteri

Isteri: Abang, hari itu abang nak sangat cari kambing untuk abang nak pi sembelih dan dagingnya abang nak sedekahkan kat anak yatim dan fakir miskin. La ni abang dah ada kambing-kambing tu, awat tak laksanakan niat abang tu?

Suami: Ada masalah sikit lah, itu semua bukan kambing halal lah, kambing-kambing tu semua kambing curi lah.

Jika sembelih pun bukan jadi daging halal. Takkan nak sedekah daging curi? Berdosa tau? Daging tak halal jika sembelih ia macam daging bangkai tau!

Isteri: Oh tak boleh ya? Walau abang baca doa sebelum sembelih?

Habis tu masa abang dan kawan-kawan abang pi curi hari tu, masa tu abang tak rasa berdosa ke? Dan awat abang pi habaq satu negara yang abang nak sedekah kan tu? Kan depa dah percaya!

Suami: Itu semua abang temberang je lah. Jangan takut, depa ramai yang percaya kat abang. La ni abang sedang pi cari dalil lah. Sabaq lah sikit.

Hish kamu ni awat banyak sangat songel pagi ni. Kan patutnya kamu tu kena walak kat Abang?

Isteri: Maaf bang, sumpah tak tanya lagi!