Walau ‘panas’ terajui Felda, nama Isa diakui dalam senarai calon

Walau ‘panas’ terajui Felda, nama Isa diakui dalam senarai calon

Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad antara nama yang dihantar untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan hal tersebut tetapi memberitahu bukan dirinya yang menyenaraikan nama Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang itu.

Beliau berkata, Isa dicadangkan oleh bahagiannya untuk dipertimbangkan bertanding namun pucuk pimpinan parti yang akan memuktamadkannya.

Menurutnya pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ulu Kanchong di Seremban hari ini, senarai calon telah dihantar kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

“Saya telah minta yang nama setiap Ketua Bahagian itu perlu ada dalam senarai calon yang dicadangkan dan beliau (Isa) memegang jawatan itu.

“Tapi, bukan khusus untuk bertanding di Parlimen Port Dickson,” dipetik dari Sinar Harian.

Pada 5 Januari lalu, Isa telah memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman selepas lebih tiga jam disoal siasat.

Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) itu memberi keterangan berhubung kes pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur mencecah lebih RM200 juta.

Menjawab ura-ura pertukaran kerusi antara Umno dan MIC mungkin berlaku di Parlimen Port Dickson dengan meletakkan Isa sebagai calon, Mohamad memberitahu yang dirinya tidak tahu mengenai hal itu.

Beliau mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerusi tersebut kekal milik MIC.

Walau bagaimanapun, jelasnya, jika berlaku perubahan pada saat akhir itu bergantung pada keputusan pucuk pimpinan BN.

Mohamad selanjutnya berkata akan mempertahankan 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi pada PRU13.

“Pada masa sama saya melihat lima hingga tujuh kerusi lain termasuk kerusi Dun Chua dan Sri Tanjung boleh dimenangi pada PRU14,” katanya lagi.

5.5
OVERALL SCORE
: 5.0
3 user votes x 5.7
CATEGORIES
TAGS