Malaysia Dateline

Walau sudah dua minggu Syawal, MP Pas akui masih ‘bersilat’ puasa enam

Kebanyakan masyarakat Islam negara ini terutama penyokong Pas tentu menganggap pemimpin parti tersebut sudah awal-awal menyempurnakan amalan puasa sunat enam.

Namun, tidak bagi Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Walaupun sudah menjangkau 14 Syawal hari ini, dia yang pernah mengaku “boleh bercakap” dengan pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat itu memberitahu sedang bertarung untuk menghabiskan puasa sunat enam.

“Tahniah buat anda yang telah menyempurnakan puasa sunat enam hari bulan Syawal.

“Kepada yang belum, saya pun bersama anda tengah ‘bersilat’ menyempurnakannya. Alahai..,” katanya dalam hantaran Facebook sebentar tadi diakhiri emoji senyum.

Rasulullah SAW bersabda: Berpuasa sebulan (pada Ramadan itu disamakan) dengan 10 bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (pada Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.” (HR Nasa’ie)