Malaysia Dateline

Walaupun kekangan SOP dan jarak Pemuda AMANAH teruskan misi bantuan ke-2 di Yan Kedah

Walaupun terdapat kekangan kerana SOP dan jarak Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan tetap meneruskan misi membantu mangsa kepala air di Yan Kedah.

Pada hari ini selain membawa barang-barang keperluan bagi mangsa yang terlibat Pemuda AMANAH turut membawa naskah Al-quran dan toto kepada mangsa.

Senaskah Al-quran buat mangsa kejadian kepala air di Yan Kedah

“Sebahagian barang keperluan kami beli di Kedah kerana ruang kenderaan pacuan 4 roda sudah penuh,” kata Ketuanya Asmaalif Abdul Adam kepada Malaysia Dateline.

Wakil Malaysia Dateline turut bersama-sama dalam misi memberi sumbangan kepada mangsa di Yan hari ini, mereka bergerak ke sana malam tadi.

Asmaalif berkata, tenaga manusia amat diperlukan bagi membantu mangsa bagaimanapun penggunaan jentera seperti ‘backhoe’ lagi diperlukan memandangkan lumpur yang sangat tebal meliputi kawasan dan rumah mangsa.

“Jadi kami terpaksa menyewa backhoe dengan kos RM400 untuk sehari,” katanya.

Misi bantuan ini menda]pat kerjasama Biro Kebajikan Pemuda Nasional dan Warda Nasional

Hari ini Pemuda AMANAH menjalankan misi sumbangan di empat buah kampung di daerah Yan iaitu Kg Telok Mat Aceh, Titi Bakong, Seberang Kayan dan Kg Stul.

Untuk misi pertama Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan telah berada di Yan selama 4 malam 3 hari bagi memberi fokus kepada pembersihan rumah mangsa dengan 5 buah waterjet serta alatan pembersihan yang lain.

Justeru beliau mengalu-alukan bagi mereka yang ingin menyumbang, boleh salurkan ke: Pertubuhan AKTIVIS SEJAHTERA Kuala Lumpur & Selangor RHB Bank (Islamic) 2623 3500 0387 59. Sebarang pertanyaan, hubungi 0182120706.

Sumbangan pasca banjir Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan mendapat kerjasama Biro Kebajikan Pemuda Nasional, Warda Nasional dan kerjasama Pemuda AMANAH Kedah serta ARIF Kedah.

Pemuda AMANAH Kedah serta ARIF Kedah ringan tulang membantu mangsa