Malaysia Dateline

“Wallahi tak terfikir nak buat benda keji”, bapa buat laporan polis siap bersumpah tak buat benda terkutuk

Bapa kepada pelakon popular Puteri Balqis, dilaporkan telah membuat laporan polis susulan pendedahan yang dibuat pelakon berkenaan tentang lelaki itu yang selama ini didakwa melakukan gangguan seksual terhadapnya.

Menerusi perbualan tular antara seorang individu dengan lelaki yang dikatakan bapa kepada Puteri Balqis atau Aqish, dapat dilihat gambar memaparkan laporan polis sudah dibuat namun tidak dipastikan lokasi balai.

Dalam perbualan itu, bapa Aqish menafikan melakukan hal sedemikian dan bersumpah tidak pernah terfikir melakukan hal yang keji seperti itu.

“Sorry, uncle tak boleh nak reveal which balai. Tapi memang dah ada laporan polis. GG masih waras dan wallahi memang tak terniat atau terfikir GG nak buat dan katakan benda-benda keji tu. Allah yang maha mengetahui segalanya,” kata lelaki yang didakwa sebagai bapa Aqish.

Sementara itu Kosmo! melaporkan, bapa Aqish iaitu Azizi memang ada buat laporan polis di Kedah. Bagaimanapun laporan dari pihak Aqish masih belum ada.

Ia disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim yang berkata, lelaki terbabit telah membuat laporan polis berkaitan tuduhan itu di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah, semalam.

“Setakat ini, tiada laporan diterima berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Tangkap layar yang dikongsikan pengguna Twitter Kamal Aziz

Baca juga: ‘Hati macam disiat-siat tengok adik Aqish semuda 5 tahun kena hadap bapa yang keji’

Baca juga: Penjara bukan jalan penyelesaian, peguam kongsi ada pesalah dilepas tapi kena buat khidmat masyarakat