Wan Azizah berkerusi roda ke mahkamah

Wan Azizah berkerusi roda ke mahkamah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkerusi roda ke Mahkamah Tinggi hari ini bagi menyertai perbincangan dalam kes saman suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Utusan Malaysia.

Dengan ditemani anaknya, Nurul Izzah Anwar yang menolak kerusi roda yang dinaiki ibunya, beliau menyertai perbincangan dalam kes itu.

Bagaimanapun hakim memutuskan proses mediasi kes itu hari ini akan diteruskan pada 6 April depan, kata penguamnya Lateefa Koya.

Wan Azizah telah dibawa masuk ke Kampung Baru Medical Centre baru-baru ini selepas demam dan muntah-muntah.

Anwar turut melawat beliau di pusat rawatan itu.

Wan Azizah kemudiannya dipindah ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan keluar ke mahkamah hari ini.

Dalam kes hari ini, Anwar telah menamakan Utusan Malayu (M) Berhad, ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak dan Datuk Nala Karupan sebagai defendan.

Mereka sepatutnya menyelesaikan kes mediasi hari ini namun disambung pada 6 April depan.

TAGS