Wan Azizah diminta bayar lebih ganti rugi Felda, FGV

Wan Azizah diminta bayar lebih ganti rugi Felda, FGV

Felda dan Felda Global Ventures Bhd mahu Mahkamah Tinggi menyemak semula dan meningkatkan kuantum kerugian RM70,000 daripada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung dua artikel fitnah yang disiarkan dalam Suara Keadilan tujuh tahun lalu.

Peguam Felda Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata kuantum yang dianugerahkan oleh timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu tidak mencukupi berbanding kerugian dan kerosakan ke atas reputasi Felda dan penyenaraian FGV.

“Jumlah ganti rugi yang dianugerahkan amat rendah dan kami harap semakan itu akan membantu meningkatkan kuantum,” kata peguam itu.

“Tawaran Awam Permulaan untuk FGV adalah RM4.05 tetapi saham itu menurun kepada RM1.80 menunjukkan kesan buruk daripada artikel itu” dakwa beliau.

Hafarizam berkata artikel bertajuk “Felda bankrap” pada 22 Jun 2010 dan satu lagi bertajuk “”Hanya tiga orang membuat keputusan mengenai RM662 juta bangunan baru” juga telah menjejaskan 160,000 peneroka lapor Malaysiakini.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS