Wan Azizah terasa kehilangan Anwar  pada ulang tahun perkahwinan

Wan Azizah terasa kehilangan Anwar pada ulang tahun perkahwinan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Walaupun meraikan hari ulang tahun perkahwinan bukanlah suatu kebiasaan bagi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun ketibaan hari ulang tahun ke-36 pada 28 Febuari ini tanpa suami tercinta di sisi amat dirasai.

Bagaimanapun, Presiden PKR itu menganggap ia sebagai sebahagian cabaran perlu ditempuhinya sejak mendirikan rumah tangga bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

DSWA“Sebenarnya kami jarang meraikan ulang tahun perkahwinan secara formal sebaliknya lebih banyak habiskan masa untuk perjuangan rakyat berbanding meraikan hari-hari istimewa seperti hari ulang tahun kami.

“Bagaimanapun, sudah semestinya pada hari ini saya rasa kehilangan,” katanya pada program Halaqah Ilmu, di kediamannya di Bukit Segambut, di sini, malam tadi lapor Selangorkini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA), Amidi Abd Manan pula menganggap Anwar sebagai pejuang tulen sehingga mewakafkan kehidupan diri dan keluarganya demi perjuangan rakyat.

“Terlalu banyak cabaran dihadapi keluarga ini yang bukan calang-calang orang boleh hadapinya tetapi Alhamdullilah usia perkahwinan mereka sudah mencecah 36 tahun.

“Dalam perjuangannya Anwar mewakafkan kehidupan dan keluarganya untuk memperjuangkan kebenaran. Semoga Allah merahmati keluarga ini,” kata Amidi.

Terdahulu, Dr Wan Azizah menerima kejutan apabila Amidi mengumumkan hari ulang tahun perkahwinan beliau yang ke-36 dan diikuti acara memotong pulut.

TAGS