Malaysia Dateline

Wan Azizah tuntut penjelasan kerajaan ekoran insiden hilang radar ketenteraan

Justeru beliau mengesa kerajaan memberi penjelasan serta langkah yang akan diambil terhadap insiden yang dianggap serisu dan booleh menjejaskan keselamatan negara ini.

Tegas Ketua Pembangkang ini lagi, pihak Kastam dan Eksais  di  pelabuhan sepatutnya mempunyai kawalan keselamatan yang tinggi di pelabuhan bagi mengelak insiden ini berlaku.

“Insiden ini cukup merunsingkan. Ini kerana jika peralatan radar ketenteraan boleh dicuri atau diseludup dengan begitu mudah, apatah lagi penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia malah juga salah urus kargo atau konsainan bahan berbahaya.

“Amatlah mengecewakan jika wujud sebarang elemen rasuah dan persekongkolan di dalam jenayah ini, dan saya menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan sepenuhnya.

“Memandangkan insiden ini melibatkan aspek keselamatan dan hubungan luar negeri, saya menggesa Putrajaya, Kementerian Dalam Negeri dan Kastam Di-Raja Malaysia untuk segera memberi penjelasan terhadap isu ini serta menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan keselamatan di pelabuhan-pelabuhan negara ini diperketat,” ujarnya.

Menurut Wan Azizah lagi insiden ini bukan sahaja melibatkan kehilangan peralatan ketenteraan yang kini mungkin telah dicuri atau diseludup keluar, tetapi juga menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan di salah sebuah pelabuhan terpenting di negara ini.

Hari ini dilaporkan suatu penyerahan peralatan radar ketenteraan berteknologi tinggi yang bernilai jutaan ringgit dilaporkan hilang dari Pelabuhan Tanjung Pelepas, di Johor.

Menurut laporan The Star Online, Jabatan Kastam dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sedang menjalankan penyiasatan mengenai kehilangan tersebut.

Laporan polis juga telah dibuat mengenai kehilangan itu.

Laporan yang memetik kata-kata sumber itu mendakwa sistem radar itu telah ditahan oleh pihak kastam sebaik selepas ia sampai di Australia pada bulan lepas.

Peralatan itu sepatutnya dihantar ke Belanda tetapi ia tidak mempunyai permit, dan terpaksa ditahan oleh pegawai-pegawai kastam.

Walau bagaimanapun, semasa pemeriksaan audit baru-baru ini, peralatan rahsia itu tidak dijumpai di pelabuhan tersebut.