Malaysia Dateline

Wan Fayhsal tolak ‘two-state solution’ yang disokong Muhyiddin

Berbeda dengan bosnya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal menolak penyelesaian ‘two-state solution’ yang digunapakai oleh Kerajaan Malaysia, Indonesia dan Brunei dalam kenyataan bersama mereka.

Ahmad Fayhsal menerusi Twitternya menulis, “Armada tolak ‘two-state solution’, mahu Israel diheret ke The Hague untuk dibicarakan atas pertuduhan jenayah perang ke atas rakyat Palestin.”

Dalam satu kenyataan yang dikepilkan menerusi kenyataan di Twitter itu, beliau menyeru kerajaan Malaysia mendesak negara-negara lain menilai semula sokongan mereka kepada penyelesaian dua negara (two-state solution)”.

Kenyataan itu dibuat oleh beliau atas nama Ketua Armada dan juga Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional.

Pendirian ‘two-state solution’ diterima oleh banyak negara termasuk Malaysia tetapi kebanyakan pejuang Palestin termasuk Hamas menolaknya kerana ia membawa makna mengiktiraf negara haram Israel.