Wan Rosdy MB Pahang baharu ganti Adnan

Wan Rosdy MB Pahang baharu ganti Adnan

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan Menteri Besar Pahang kepada Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail diperkenan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menjadi Menteri Besar Pahang.

Istiadat pelantikan dan angkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang diadakan di Balirung Seri Istana Abu Bakar hari ini.

Wan Rosdy telah menjadi Adun Jelai sejak 2004 dan menang dengan majoriti 10,207 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) membabitkan pertembungan empat penjuru.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Pahang sebelum ini dijadual dilangsungkan pada Sabtu lalu, namun ditangguh sementara setelah Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memaklumkan memerlukan masa untuk mengenali semua Adun baharu yang menang pada PRU14 baru-baru ini.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri itu menggantikan Datuk Seri Adnan Yaakob yang menjawat jawatan itu selama empat penggal.

Barisan Nasional (BN) sebelum ini memenangi 25 daripada 42 kerusi Dun yang dipertandingkan di Pahang berbanding 35 pada 2013.

Turut berkenan hadir, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

6.3
OVERALL SCORE
: 8.0
2 user votes x 5.5
CATEGORIES
TAGS