Malaysia Dateline

Wang kertas anda rosak atau koyak? BNM kongsi bagaimana cara menukarnya

Ramai yang pernah mengalami situasi apabila hendak membayar di kaunter tiba-tiba wang kertas Ringgit Malaysia rosak atau terkoyak.

Penjual pula tidak mahu menerima wang kertas itu kerana dianggap tidak bernilai. Kita pula terkial-kial mencari wang lain sebagai ganti, itu pun kalau ada.

Jadi apa perlu kita lakukan? Tukar duit rosak itu? Atau buang sebab masih ada nilaikah?

Wang kertas anda rosak atau koyak? BNM kongsi bagaimana cara menukarnya
Wang kertas yang rosak boleh ditukar

Mungkin pada pandangan kita, ianya sudah tidak ada nilainya lagi jika ianya rosak, perlu anda ambil tahu, jangan dibuang wang kertas itu kerana ianya masih bernilai sekiranya ditukar di Bank Negara Malaysia (BNM).

Jangan risau wang kertas yang rosak itu boleh ditukar.

Facebook BNM berkongsi cara-cara untuk kita menukar wang kertas yang rosak itu.

Wang kertas yang rosak ini sebenarnya boleh ditukar di mana-mana cawangan bank yang berdekatan tetapi nilai pertukarannya bergantung pada keadaan wang kertas tersebut. Bagaimana hendak tukar duit rosak itu?

Ini caranya;

Diberi ganti nilai pada hari yang sama

Bagi kes wang kertas rosak yang jelas nilainya, anda akan diberikan ganti nilai pada hari yang sama. Pertama, jika kesan koyakan lebih pada 2/3 daripada saiz asal wang kertas.

Namun, sekiranya wang tersebut kurang 1/2 daripada saiz asal, ianya sudah tidak bernilai lagi.

Selain itu, tidak mempunyai contengan pada potret Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong atau tulisan yang memaparkan slogan politik. Seterusnya, tidak rosak oleh contengan ketara seperti tulisan perkataan, angka dan lain-lain.

Kerosakkan wang kertas seperti ini akan dirujuk kepada BNM

Diberi ganti nilai pada tarikh yang lain

Bagi kes wang kertas rosak yang kurang jelas nilainya, bank akan merujuk BNM dan anda akan diberikan ganti nilai pada tarikh yang lain iaitu;

Mempunyai kesan dakwat

Terbakar

Dimakan anai-anai