Malaysia Dateline

Wang royalti dikembalikan ketika PH perintah, tapi menteri Pas membisu bila royalti ditarik balik oleh PN

Wacana yang telah dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Terengganu telah melihat isu royalti Terengganu dibahaskan dengan hangat.

Wakil PH telah menyoal kenapa royalti Terengganu ditarik balik oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan pengumuman Menteri kewangan pada 25 November 2021.

Dan mengapa kerajaan Pas Terengganu serta menteri-menteri Pas tidak memprotes tindakan tersebut? Para hadirin juga menuntut penjelasan isu tersebut.

Wakil Pas, Datuk Amzad Hashim telah menyatakan Kerajaan Pusat masih membayar secara terus dari hasil minyak ke negeri Terengganu tanpa beliau memberi perincian atau formulanya.

YB Amzad juga mendakwa kononnya kerajaan PH dahulu memotong 25 peratus pemberian kepada kerajaan Terengganu.

Di sini saya ingin menyatakan royalti adalah bayaran yang telah ditetapkan melalui suatu perjanjian bertarikh 26 Mac 1975 yang ditandatangani oleh YB Tengku Razaleigh Hamzah bagi pihak Petronas.

Pembayaran royalti seperti yang termaktub dalam perjanjian tersebut menetapkan sebanyak 5 peratus dan mesti dibayar mengikut perjanjian tersebut.

Apa-apa bayaran bukan secara “royalti” boleh dimanipulasi oleh Kerajaan Pusat sebagai wang ihsan atau dana khas.

Pemberian wang ihsan kerana tidak mahu membayar royalti pernah berlaku antara 1999 dan 2018 sebelum PH memulangkan kembali royalti seperti sepatutnya kepada Terengganu dan Kelantan.

Jadi jelas, apa-apa bayaran jika dibuat bukan mengikut formula royalti asal yang telah ditandatangani pada 1975 yang menjamin bayaran tetap 5 peratus, segala bayaran yang dikatakan sebagai wang ihsan atau dana khas boleh dimanipulasi jumlah dan “transparency” oleh Kerajaan Pusat.

Jadi jika benar kononnya wang telah dibayar kepada Terengganu setelah pengumuman Tengku Zafrul pada 2021, ia bukan wang secara perjanjian ditetapkan oleh jaminan perjanjian royalti, tetapi “mengikut suka hati ihsan” Kerajaan Pusat.

Kalau sudah ada perjanjian royalti yang ditetapkan sejak 1975 kenapa Terengganu dipaksa terima secara “wang ihsan”?

YB Amzad perlu bercakap benar dalam isu royati dan jangan berdolak dalih.

Dakwaan PH potong 25 peratus wang royalti adalah kerana Terengganu berhutang dengan Kerajaan Pusat

Yang disebut oleh YB Amzad kononnya potongan 25 peratus duit royalti oleh Menteri Kewangan DAP, Lim Guan Eng, sebenarnya adalah bayaran balik hutang Terengganu kepada Kerajaan Pusat yang wajib dibayar balik.

Amat licik Amzad cuba bermain politik kebencian terhadap Cina dan DAP dengan cuba menyembunyikan 25 peratus itu adalah sebenarnya potongan hutang negeri.

Bukankah dalam Islam wajib membayar balik hutang?

Ahli-ahli Parlimen Pas sanggup menjadi tali barut Kerajaan Pusat merampas royalti Terengganu dan mengguna istilah wang ihsan serta dana khas di mana jumlah ini boleh dimanupulasi dengan cara dikurangkan jumlah bayaran selagi mereka boleh kekal menjadi menteri dan timbalan menteri.

Amat menyedihkan, dari 8 orang menteri dan timbalan menteri dari Pas, 7 adalah dari Terengganu dan Kelantan yang sanggup menafikan rakyat sendiri bayaran royalti sepenuhnya mengikut perjanjian.

YB Amzad dan Pas perlu berlaku ikhlas dan terus terang secara transparent kepada rakyat Terengganu dan Kelantan tentang bayaran wang royalti yang kembali dijadikan wang ihsan ikut suka Kerajaan Pusat hendak bayar berapa ikut nafsu mereka dan bukan ikut perjanjian sebenar royalti sepenuhnya iaitu 5 peratus.

Baca juga: Jika berjaya bentuk kerajaan, PH akan siasat Mahiaddin belanja RM500 bilion wang negara

Baca juga: PRU-15: Fahmi Fadzil tekad tidak ambil gaji jika dilantik dalam Kabinet