Wanita adalah sumber perjuangan, kata Setiausaha Agung Amanah

Wanita adalah sumber perjuangan, kata Setiausaha Agung Amanah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tokoh-tokoh pejuang wanita sepanjang zaman sejak dari zaman Tun Fatimah sehingga zaman mutakhir seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Aung San Suu Kyi menggambarkan bahawa wanita adalah sumber perjuangan.

Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir berkata, parti itu ingin merakamkan penghargaan terhadap golongan wanita yang dilambangkan oleh ibu, isteri dan saudara perempuan sebagai belahan daripada diri manusia.

”Mewakili Amanah, saya ingin mengambil kesempatan ini dengan penuh penghargaan mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita di negara ini, khasnya kepada Ketua Angkatan Wanita Amanah (Awan) YB Dr Siti Mariah Mahmud dan rakan-rakan seperjuangannya yang menjadi lambang perjuangan kami di Amanah.

“Selamat Hari Wanita! Hidup Wanita! Dirgahayu Wanita!” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, seorang manusia sama ada lelaki mahupun wanita, tetap dipengaruhi oleh seorang wanita.

“Jasa dan pengorbanan wanita tidak mungkin dapat dicatat sepenuhnya oleh tinta. Pengorbanan zaman berzaman sejak daripada ibu kita Hawa sampai ke zaman ini tidak akan terungkapkan,” katanya.

Hari Wanita Sedunia disambut pada 8 Mac setiap tahun.

TAGS