Wanita Afghanistan luah bimbang selepas Taliban larang doktor lelaki rawat pesakit wanita

Oleh KIM SYAZIE

Selepas Taliban menguatkuasakan larangan wanita bekerja, timbul pula kebimbangan dalam golongan ini apabila dihalang untuk mendapatkan rawatan daripada doktor lelaki.

Laman berita WION melaporkan mengenai dua pelajar perubatan Afghanistan yang menggesa dunia menyokong mereka menentang pemerintahan Taliban yang menyekat hak kebebasan wanita.

Terbaru, dekri dikatakan mengarahkan hospital untuk memastikan doktor lelaki tidak merawat pesakit wanita, ini mencetuskan kebimbangan di kalangan perubatan profesional wanita.

Golongan wanita ini meluahkan rasa bimbang untuk nyawa mereka disebabkan kekurangan penyelia perubatan di bawah pemerintah Taliban.

Seorang doktor wanita , Sona di Kabul memaklumkan beliau tidak dibenarkan bekerja kerana keputusan kerajaan Taliban yang berkuatkuasa Disember lalu.

Beliau adalah antara berjuta-juta wanita Afghanistan yang tidak dibenarkan bekerja, malah ditolak daripada menjadi doktor di sebuah klinik walaupun pada masa itu keputusannya masih belum dikuatkuasa.

“Saya ingin memberitahu dunia bahawa tolong menyokong kami. Kami mahu keluar daripada kesengsaraan ini,” kata Dr Sona.

Keputusan Taliban yang menyasarkan hak pendidikan dan pekerjaan wanita dan gadis muda telah mengakibatkan bantahan antarabangsa yang meluas tetapi tiada kesan dalam membalikkan keputusan tersebut.

Para profesional perubatan wanita Afghanistan dan pelajar menjangkakan bahawa penghakisan maruah mereka di bawah Taliban akan mengakibatkan kejatuhan pemerintah semasa negara itu.

Seorang pelajar perubatan, Bahisht, 21 terkilan kerana tidak sempat menghabiskan pembelajaran dan menduduki Peperiksaan Perlesenan Perubatan Amerika Syarikat (USMLE)

“Jika wanita sakit, mereka tidak boleh melawat doktor lelaki. Nampaknya, wanita akan mati kerana kekurangan pegawai perubatan.

“Wanita bukan sahaja tidak boleh menjadi doktor, tapi menjadi pesakit juga susah,” katanya dalam perbualan telefon eksklusif bersama WION.

Baca juga: Pengorbanan bapa tak ternilai, rela ‘camping’ di parkir hospital sebab nak jaga anak sakit