Disebabkan gaji minimum bakal naik maka ramai mula risau dengan harga barangan yang pastinya akan terjejas.
Ramai mula risau nak kurangkan kos membeli di pasaraya atau terpaksa mula menanam sendiri sayuran di rumah.
Bagi mereka yang suka masukkan daun sup ke dalam masakan boleh cuba cara ini dan tanam sahaja di rumah, segala perkakas boleh beli dekat kedai eco sahaja.
Ikuti perkongsian pengguna TikTok, May Vo tentang caranya menanam daun sup di rumahnya.
“Cara saya tanam daun sup wajib hidup walaupun kurang matahari dan kasih sayang serta selalu kena tinggal.
“Daun sup suka air tetapi tidak suka tanah lembab dan tidak suka air kena batangnya.”
Cara tanam daun sup di rumah
Barang-barang diperlukan:
- Bekas yogurt
- Pasu bunga hiasan yang digantung
- Batu bata (tak kisah jenis apa)
- Tali mop yang tebal
- Tanah
Cara-cara tanam:
- Sediakan bekas yogurt yang bersaiz medium.
- pastikan saiz pasu boleh masuk ke dalam bekas yogurt.
- Tarik tali mop mengikut saiz dalam video, masukkan ia ke dalam lubang di bahagaian bawah pasu.
- Seterusnya masukkan segenggam batu bata kecil kecil hingga menutupi dasar pasu.
- Masukkan tanah sedikit demi sedikit dan pastikan tali mop itu naik hingga ke atas tapi masih berada di bawah permukaan tanah.
- Masukkan pasu ke dalam bekas yogurt.
- Beli daun sup dekat pasaraya dan rendam dalam air selama dua malam.
- Basahkan tanah terlebih dahulu sebelum korek lubang di tengah dan tanam batang daun sup itu.
Selesai!
Baca juga: Tak sangka ada petua kilatkan lampu kereta, guna 2 bahan ini terus selesai masalah!