Wanita Amanah berharap peratusan wanita keluar mengundi bertambah

Wanita Amanah berharap peratusan wanita keluar mengundi bertambah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Peratusan wanita keluar mengundi pada hari ini diharap mencapai sasaran kepada 45 peratus berbanding hanya 30 peratus pada PRN 2011 lalu, kata Wanita Amanah.

Penaja Angkatan Wanita Amanah (Aman) Sadong Jaya dan Muara Tuang, Noraini Hamzah berkata, undi daripada kaum Hawa penting kepada parti pembangkang memandangkan segmen pengundi tersebut banyak mempengaruhi kemenangan sesuatu parti.

Menurutnya, minda segmen pengundi wanita berusia 22 hingga 35 tahun lebih terbuka dan boleh menjelaskan mengapa rakyat tidak perlu takut pada BN.

“Sebelum pangkah kita mesti tahu undi siapa. Faktor takut itu, ini bimbang bantuan anak, suami disekat, dibuang kerja sebenarnya tidak berlaku.

“Lahir roket (DAP) menembak bulan (Pas). Bulan berkecai keluarnya awan. Awan berselerak, terbitlah bulan di kiri dan kanan (PKR). Kita nak Pakatan Rakyat Bersatu. Pangkahlah Amanah, kotak nombor satu esok (hari ini),” ujar bekas Ketua Muslimat Pas Samarahan itu malam tadi.

Jumlah pengundi wanita Dun Sadong Jaya kira-kira 3,000 orang dengan 12 saluran mengundi.

Peratusan wanita keluar mengundi diharap bertambah

 

TAGS