Wanita Amanah kutuk tindakan Korea Utara sekat rakyat Malaysia

Wanita Amanah kutuk tindakan Korea Utara sekat rakyat Malaysia

Wanita Angkatan Amanah Nasional (Awan) menggesa kerajaan Malaysia menggunakan semua saluran diplomatik bagi memastikan Korea Utara membenarkan rakyat Malaysia meninggalkan negara itu.

Sambil menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan rakyat Malaysia di sana, Ketua Awan Nasional Dr Siti Mariah Mahmud berkata, tindakan Korea Utara itu wajar dikutuk oleh seluruh dunia.

“Saya menyifatkan tindakan Kerajaan Korea Utara yang melarang 11 rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan.

“Sikap biadab dan tidak berdiplomasi Korea Utara itu patut dikutuk oleh seluruh dunia kerana menjadikan rakyat asing yang bertugas di negara berkenaan seperti tebusan.

“Apa yang saya khuatir adalah soal keselamatan nyawa mereka di sana yang terdedah kepada sebarang ancaman yang sukar diduga,” katanya dalam kenyataan.

Isnin lalu, kerajaan Korea pimpinana Kim Jong-un telah mengeluarkan larangan kepada semua rakyat Malaysia daripada meninggalkan Korea Utara.

Reuters melaporkan tindakan itu mungkin satu cara untuk menjadikan mereka tebusan ketika sengketa diplomatik antara kedua-dua negara semakin buruk berikuran pembunuhan Kim Jong-Nam di Kuala Lumpur.

Ianya juga sebagai cara untuk memastikan keselamatan para diplomat dan rakyatnya yang masih berada di Malaysia.

“Semua rakyat Malaysia di Korea Utara akan dilarang buat sementara waktu daripada meninggalkan negara ini sehingga peristiwa yang berlaku di Malaysia diselesaikan secara teratur,” menurut laporan Agensi Berita Pusat Korea yang memetik kenyataan kementerian luaar negara itu.

Pihak Kementerian Luar Korea Utara juga telah memaklumkan kepada kedutaan Malaysia di Pyongyang berhubung keputusan mereka itu di mana mereka berharap kes tersebut dapat diselesaikan secara adil.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam satu kenyataan semalam menegaskan tindakan dilakukan oleh Korea Utara boleh dianggap sebagai melanggari perundangan dan diplomatik antarabangsa.

“Menahan rakyat kami sebagai tebusan dan satu perbuataan hina, yang bertentangan dengan perundangan dan norma antarabangsa dan diplomatik,” ujarnya.

TAGS