Malaysia Dateline

Wanita AMANAH lancar Tabung Peduli Covid-19

Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Nasional terpanggil untuk menghulur bantuan bagi melindungi keselamatan barisan hadapan pasukan kesihatan dalam fasa kritikal wabak Covid-19.

Sehubungan itu, sayap AMANAH itu melancarkan Pasukan Petugas AWAN untuk Covid-19 atau AWAN Task Force for Covid-19 (ASTFC19).

ASTFC19 menyasarkan sumbangan tiga barang keperluan utama iaitu topeng penutup hidung dan mulut, perisai muka (face shield) dan baju hujan.

Semua rakyat Malaysia diajak untuk turut sama dalam berkongsi semangat #kitajagakita ini.

“Dana terkumpul akan digunakan khusus untuk pembelian tiga barangan ini. Sumbangan anda sama ada kecil atau besar, amat kami hargai,” dipetik daripada kenyataan itu lagi.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank:

MAYBANK
WANITA AMANAH NASIONAL
5648 9212 4612