Wanita AMANAH ucap takziah pemergian ‘Wanita Besi’

Angkatan Wanita Amanah (Awan) Nasional mengucapkan takziah di atas pemergian tokoh usahawan, Datuk Dr Maznah Hamid ke rahmatullah pada petang semalam.

Ketuanya Dr Siti Mariah Mahmud mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan golongan yang soleh dan solehah.

“Mewakili kepimpinan AMANAH dan Awan Nasional, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Maznah Hamid,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas.

Maznah yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd meninggal dunia kira-kira pukul 6.10 petang selepas berada dalam keadaan kritikal ekoran pembedahan pintasan koronari.

Menurut suaminya Datuk Shaheen Mirza Habib, Maznah menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Sebelum ini, Maznah berada dalam keadaan kritikal berikutan berlaku komplikasi pendarahan dalaman selepas pembedahan jantung pada 29 September lalu.

Maznah, 62, yang terkenal dengan gelaran ‘Iron Lady’ sebelum ini dilaporkan stabil selepas selesai menjalani pembedahan.

Jenazah Allahyarham dijadual disolatkan selepas Asar di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Kuala Lumpur.

8.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS