Wanita AS terkejut tak ada sesiapa bagitahu melancong di Singapura sangat mahal

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita Amerika Syarikat mendakwa Singapura bukanlah tempat terbaik untuk dilawati selepas dia menyedari terpaksa mengeluarkan wang yang besar untuk melancong di negara itu.

Kata wanita itu yang juga seorang pengguna TikTok, dia terpaksa mengeluarkan belanja RM20,455 atau SGD$6,000 untuk penginapannya selama lima hari.

Ini bermakna hotel mengenakan bayaran penginapan sebanyak SGD$1,200 (RM4,000) semalam.

Harga hotel di republik itu agak mahal disebabkan Singapura mengharamkan penginapan murah, Airbnb.

“Penginapan Airbnb diharamkan di Singapura. Jadi semua hotel sangat mahal,” kata wanita tersebut.

Katanya, dia sudah membelanjakan RM30,679 atau lebih SGD$9,000 di Singapura.

Dia membayar kira-kira SGD$800 (RM2,732) untuk pengangkutan.

Wanita berkenaan juga membelanjakan sebanyak AS$1,500 (RM5113) untuk makanan.

“Adakah Singapura patut dilawati? Ya! Tetapi, adakah ia berbaloi dengan harganya?

“Tidak,” kata De Bree.

Baca juga: “Aku bercerai bukan sebab orang ketiga, tapi mak mentua jadi punca, rupanya selama ini aku hina di mata dia”