Wanita Australia, New Zealand tunjuk perasaan bantah Trump

Wanita Australia, New Zealand tunjuk perasaan bantah Trump

Beribu-ribu penunjuk perasaan di Australia dan New Zealand, akan menyertai perarakan wanita di seluruh dunia bagi membantah pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Di Sydney, iaitu bandar terbesar di Australia, sekurang-kurangnya 3,000 orang, termasuk lelaki berhimpun di Hyde Park sebelum berarak ke konsulat AS, lapor Reuters.

Banting bertulis ‘Kewanitaan ialah kad Trump saya’ dan ‘Bertarung seperti wanita’ antara yang dipegang penunjuk perasaan ketika perarakan itu.

“Kami bukan berarak sebagai gerakan anti-Trump, tetapi kami berarak bagi membantah ucapan kebencian, retorik kebencian, kebencian terhadap wanita, ketaksuban, xenophobia (kebencian terhadap kaum asing).

“Kami kami mahu menyampaikan satu suara wanita di seluruh dunia,” kata penganjur, Mindy Freiband kepada Reuters.

Sementara itu, penganjur perarakan di New Zealand, Bette Flagler, ketika dihubungi Reuters menerusi telefon berkata, kira-kira 2,000 orang berkumpul secara aman di empat bandar di Wellington, New Zealand, untuk tujuan yang sama.

 

TAGS