Seorang wanita berjaya mencuri perhatian ramai, baru-baru ini selepas berkongsi rakaman memaparkan suasana di sebuah kedai runcit terletak di Chicago, Illinois, Amerika Syarikat.
Mana tidaknya, suasana premis berkenaan kelihatan tidak jauh berbeza dengan kedai runcit yang berada di Malaysia malah produk makanan dan minuman tempatan juga banyak dijual di situ.
Perkongsian itu dibuat oleh wanita berketurunan Malaysia terbabit bagi membetulkan persepsi orang ramai tentang akses barangan runcit khususnya buatan tempatan di sekitar Chicago.
“Ramai orang menyangka saya tidak mempunyai akses kepada barangan runcit Malaysia dan hanya menikmati makanan Amerika. Tetapi perkara itu tidak benar. Ibu saya merupakan seorang tukang masak yang berbakat.
“Begitu juga dengan ramai rakyat Malaysia-Amerika yang tinggal di Chicago ini (pandai memasak). Jadi saya turut membesar dengan makanan Malaysia. Sememangnya saya rasa sangat bertuah.
“Hal ini kerana saya tinggal kawasan bandar utama yang memiliki cukup banyak penduduk asal Asia Tenggara. Jadi terdapat banyak pilihan kedai runcit di Chicago untuk mendapatkan barangan runcit Malaysia,” katanya.
Rakaman yang berdurasi lebih dua minit tersebut dimuat naik oleh wanita kelahiran Amerika Syarikat itu menerusi satu hantaran dikongsikan di akaun media sosial TikTok miliknya.
Dalam perkongsian sama, wanita terbabit turut berkongsi lokasi premis Chin Land Asian Food Market yang juga merupakan kedai runcit Burma itu untuk pengetahuan pengikutnya.
“Chin Land Asian Food Market sebenarnya adalah sebuah kedai runcit Burma yang terletak di bahagian utara Chicago berhampiran persimpangan Western Avenue dan Peterson Avenue.
“Premis ini terletak berdekatan dengan tempat kerja saya. Jadi saya cuma singgah sebentar untuk membeli bawang merah sebab nak masak sambal sotong malam ini,” ujarnya dalam perkongsian itu.
Tinjauan di ruangan komen hantaran itu mendapati rata-rata pengguna menyangka premis berkenaan terletak di Malaysia malah ada yang berseloroh bahawa bangunan tersebut kelihatan seperti kedai runcit di kawasan Felda.
Baca juga: Pelajar Indonesia hina Malaysia minta maaf lepas terbongkar dia belajar di Uni Petronas
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio