Wanita bengang restoran makanan segera bagi burger dengan timun semata-mata, melayang RM29!

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati selepas tiga biji burger keju yang dipesannya hanya mengandungi sepotong timun dan mayonis sahaja.

Kekesalan itu diluahkan di Facebook milik Fazlina Md Isa yang kemudian ditularkan semula oleh satu laman Facebook menggunakan nama Si Solihin.

Menurut perkongsian wanita itu, dia memesan tiga burger keju yang sepatutnya mengandungi sekeping patti daging ayam di dalam setiap burger tersebut.

Bagaimanapun dia terkejut apabila mendapati burger yang diterima hanya mengandungi timun dan sedikit mayonis serta sos keju

“Tolong jelaskan apa yang berlaku. Apa kebod*han nak makan burger timun?

“Saya pesan 3 cheesy burger untuk anak makan tapi yang sampai burger timun. Pekerja mana yang sediakan?

“Gurauan apakah ini? Permainan apakah ini??,” soalnya.

Dia juga menyertakan resit pembelian dari aplikasi makanan Shoppee Food.

Dalam resit itu, tertera tiga set ‘Bajet Jimat Cheesy Burger’ berharga RM29.70

Menurutnya walaupun dia sudah memohon bayaran balik (request refund) tetapi dia tetap tidak berpuas hati mengenai perkara itu.

“Walaupun saya dah request refund dekat Shopee tapi tetap tak berpuas hati. Order sebab nak makan bukan sebab nak duit balik!,” katanya.

Sementara itu meninjau ke ruangan komen, ramai yang turut mempersoal kesilapan dilakukan pekerja tersebut selain ada yang menyamakan dengan burger Malaysia.

Baca juga: Suka makan petai? Ni tip penting nak hilangkan bau mulut, guna 1 jenis sayuran sahaja