Wanita berang kedai kopi ‘favourite’ habis ais siap nak mengamuk lagi, sekali kena sekolah dengan warganet

Oleh KIM SYAZIE

Dalam cuaca panas ini, tak dinafikan air dengan ais menjadi pilhan ramai terutamanya air kopi berjenama.

Seorang wanita meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan satu kedai kopi berjenama terkenal hanya kerana ais di ‘outlet’ mereka sudah habis.

“Tadi pergi Pavillion Bukit Jalil. Dah penat gila sebab mall tu besar sangat, heret budak-budak sepanjang hari.

“Sebelum balik sanggup menapak demi kopi untuk minum masa balik. Dah sampai dia cakap ais habis gais. Kedai jual air habis ais!

“Dah tau berniaga jual air, ada air sejuk air panas, kalau ais dah nak habis tu pandai-pandailah pergi cari ais.

“Menu air sejuk bukannya limited edition, pelanggan datang senang-senang cakap ‘oh maaf kak ais dah habis, ada air panas sahaja sekarang,” ujar wanita itu di Twitter.

Namun kenyataannya ditempelak oleh warganet yang pelik dengan perangai wanita tersebut walhal ais boleh dibeli sendiri di kedai lain.

Baca juga: “Macam Jurassic Park”, pintu surau Zoo Negara ini nampak seram tapi bila masuk..