Malaysia Dateline

Wanita cantik terpaksa masuk hospital gara-gara tahan kentut depan teman lelaki

Seorang wanita cantik dari Brazil terpaksa dikejarkan ke hospital akibat menahan kentut depan teman lelakinya.

Viviane de Queiroz Pereira, 27, yang mesra dipanggil Pocah itu mulanya berasa malu untuk melepaskan kentut dan lebih rela menahannya.

“Saya terpaksa bangun pukul 5.30 pagi kerana rasa sakit di bahagian perut sebelum pergi hospital.

“Keadaan saya sekarang makin baik dan doktor sudah berikan ubat. Ini semua disebabkan tahan kentut,” lapor LadBible, dipetik Utusan Online.

Seorang wanita cantik dari Brazil terpaksa dikejarkan ke hospital akibat tahan kentut depan teman lelakinya.

Selepas insiden itu, penyanyi tersebut mengingatkan kepada orang lain supaya tidak menahan kentut walaupun ketika berjumpa teman lelaki.

Jelasnya, lebih malu apabila terpaksa masuk ke hospital disebabkan tahan kentut.

“Mulai sekarang, saya akan berani melepaskan kentut seperti biasa,” katanya.

Sebelum ini, seorang doktor dalam TikTok, Dr. Karan Raj menjelaskan alasan mengapa seseorang tidak perlu menahan kentut.

Menurutnya, secara normal seseorang akan kentut sebanyak 14 kali sehari.

“Jika menahan kentut terlalu lama, angin itu akan diserap masuk ke aliran darah dan keluar ketika menghembuskan nafas,” katanya.

Kentut terdiri daripada beberapa kumpulan gas seperti hidrogen sulfida, yang menyebabkan kentut menjadi berbau.

Tahan kentut boleh memburukan lagi sembelit yang dihidapi seseorang.

Kajian menunjukkan menahan kentut atau gas yang seharusnya keluar, boleh mengakibatkan pertambahan tekanan di dalam usus besar.

Baca juga: https://malaysiadateline.com/wanita-kongsi-pengalaman-bertarung-nyawa-60-hari-selepas-lebih-800-kali-digigit-anjing-ganas/

Baca juga: https://themalaysialife.com/9-tempat-glamping-sekitar-lembah-klang-yang-menjanjikan-percutian-di-hutan-penuh-glamor/