Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Wanita China disyaki koronavirus di Sibu disahkan negatif

Wanita China disyaki koronavirus di Sibu disahkan negatif

Oleh MAHDAR BUJANGJanuary 29, 2020 4:05 pm




Wanita warganegara China yang dimasukkan ke Hospital Sibu pada 27 Januari lalu ekoran disyaki dijangkiti Koronavirus Wuhan dibenarkan keluar, hari ini.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling mengesahkan bahawa beliau telah dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Sibu bahawa pesakit itu disahkan negatif untuk virus itu, influenza A dan B.

“Setakat ini wanita berkenaan berada dalam keadaan baik dan telah dibenarkan keluar pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Jelasnya, khabar angin mengenai seorang wanita dijangkiti koronavirus tersebar meluas di sini sejak beberapa hari lalu.

“Sejak terjadinya kejadian Koronavirus Wuhan di China, khabar angin mengenai jangkitan tersebut telah tersebar meluas di media media sosial termasuk dakwaan terdapat beberapa kes di Sarawak.

Bagaimanapun, tegas beliau sehingga kini Sarawak dilaporkan hanya mencatatkan lapan kes disyaki koronavirus tetapi enam daripadanya negatif termasuk kes di Bintulu.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

‘China bina hospital dengan segera, Malaysia bina dewan ketika darurat’

China bina kem kuarantin tampung 4,000 pesakit Covid-19

MAFI dicadang segerakan Program Bakul Kasih Sayang bantu rakyat miskin

Kes Covid-19 terus tinggi, lagi 3,170 kes baharu, 41,755 kes aktif hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production