Wanita cop isteri nombor 1 perampas, warganet tuduh saja ‘play victim’

Oleh SHAFIQAH MUKHSIN

Seorang wanita menyatakan bahawa perampas sebenar dalam kehidupan bermadu adalah isteri pertama dan bukan madu yang lain.

Malah dia juga menyatakan ibu bapa adalah perampas jika memaksa anak untuk menceraikan isteri kedua, ketiga dan keempat.

Dia memaklumkan mengenai kes-kes yang didengarnya bagaimana yang merampas adalah isteri pertama.

‘Dalam konteks ini, isteri pertama perampas kepada rumah tangga isteri lain.

“Ramai bercerita tentang kesakitan yang pertama tapi sembunyikan kesengsaraan isteri lain,” ujar wanita tersebut dalam klip pendek Wacana Sinar.

Ketika disoal apa istimewanya suami orang, dia menyatakan mengenai bagaimana lelaki tersebut tidak akan selalu pulang ke rumahnya.

“Lelaki orang yang saya cari adalah berilmu, faham hukum-hakam dan pendekatan lelaki bujang ini tak pandai memikat sangat,” katanya.

Warganet berang melihat wanita tersebut menyalahkan isteri pertama sebagai perampas dan berhenti ‘play victim’ (pura-pura mangsa).

“Perampas memang tak akan mengaku dia perampas. Dialah paling teraniaya. Baik perampas teman lelaki atau suami orang,” ujar @aishsyakiraaa

“Kalau perlukan orang yang dah ada pengalaman dalam rumah tangga cari la duda yang mati bini dan nak cari teman hidup lagi.

“Dosa ya ganggu hubungan dan aniaya emosi orang yang sedang bahagia dengan apa yang cukup,” komen @yasunaga_aqi.

Baca juga: Buat servis balut buku teks, warganet puji wanita pandai tambah pendapatan sendiri