Siapa sangka, seorang insan bergelar suami tergamak mengabaikan isterinya begitu sahaja selepas wanita itu disahkan menghidap kanser rahim tahap empat.
Lebih menyayat hati, wanita malang itu turut ditinggalkan bersama tiga orang anak yang masih kecil tanpa sebarang bantuan termasuklah kewangan selepas terlantar akibat penyakit dihidapinya.
Difahamkan, wanita dikenali sebagai Norazah itu sudah tidak mampu lagi bergerak sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari orang lain dan terpaksa merangkak untuk pergi ke tandas.
Penderitaan dan kesengsaraan dilalui oleh Norazah yang kini tinggal di Kampung Aur Cina, Pasir Mas, Kelantan itu didedahkan oleh pengguna platform Facebook menerusi akaun, @3rd Force Pasir Mas.
“Tergamam kami. Tidak dapat bayangkan penderitaan dan kesengsaraan dilalui Puan Norazah yang ditinggalkan suami bersama anak-anak yang masih kecil setelah terlantar akibat menghidap kanser rahim tahap empat.
“Puan Norazah disahkan mengidap kanser rahim empat tahun yang lepas Pada masa itu, Puan Norazah dan anak-anak masih di Johor. Semasa sihat, Puan Norazah mencari rezeki dengan membuat dan menjual kuih di sana.
“Kerana tidak sanggup melihat kakak menderita sendirian tanpa jagaan, adiknya iaitu Aziz mengambil keputusan untuk membawa pulang Puan Norazah dan anak-anak pulang ke kampung di Pasir Mas,” katanya.
Meskipun sudah mencuba menjaga kakaknya itu sehabis baik, Aziz yang hanya bekerja kampung turut mengalami situasi sukar untuk memenuhi pelbagai keperluan termasuk lampin pakai buang dan sebagainya.
Ketiga-tiga anak Norazah juga sudah lagi tidak bersekolah sejak dibawa pulang ke kampung kerana wanita terbabit tidak mempunyai kudrat untuk menguruskan pertukaran sekolah kanak-kanak berkenaan.
“Anak-anaknya dahulu bersekolah di Johor. Tetapi setelah tiga bulan berada di kampung, mereka masih lagi belum bersekolah kerana Puan Norazah tidak mampu dari segi kudrat dan kewangan untuk menguruskan pertukaran anak-anaknya.
“Kami berharap agar pihak-pihak yang berkenaan akan dapat membantu memudah carakan pertukaran sekolah anak-anak Puan Norazah ini. Sejak akhir-akhir ini, Puan Norazah sudah hilang selera makan.
“Kami sarankan minum susu untuk menambah tenaga. Menurutnya dia tidak mempunyai kemampuan untuk membeli susu seperti itu kerana harganya agak mahal. Nak beli lampin pakai buang pun kadang-kadang tidak mampu.” Jelasnya.
Menurut pengendali akaun berkenaan, Puan Norazah kini amat berharap sekiranya ada pihak yang sudi untuk menyumbang sebuah katil hospital bagi memudahkan pergerakannya.
Baca juga: Yusof Haslam bersyukur Syamsul makin akrab dengan ibu tak macam dulu
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio