Wanita hampir dilanggar gara-gara melulu lintas jalan, tapi netizen tak jadi marah sebab cantik sangat

Oleh KIM SYAZIE

Rakaman seorang wanita yang hampir dilanggar sebuah kenderaan ketika cuba melintas jalan tular di media sosial.

Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) menunjukkan kejadian berlaku pada 18 Ogos lalu sekitar pukul 4.48 petang (waktu tempatan).

Dalam rakaman itu, jelas terlihat seorang wanita berbaju biru meluru melintas jalan tanpa memeriksa terlebih dahulu kenderaan yang sedang lalu lalang.

Bagaimanapun apa yang menjadi perhatian adalah kecantikannya sehingga membuatkan netizen tidak jadi marah kepadanya.

Wanita itu juga sempat mengangkat tangan memohon maaf dan memberikan senyuman menawan kepada pemandu.

Selepas pemandu itu memberi isyarat untuknya melintas, dia menunjukkan tangan untuk memohon maaf sebelum berlari anak di depan kereta tersebut untuk menyeberang jalan.

“Disebabkan permohonan maaf yang indah dan anggun ini, saya akan membiarkan dia melintas kali ini,” kata seorang pengguna media sosial bersama emoji senyuman.

“Wanita muda dan  cantik dibenarkan untuk membuat kesilapan,” kata netizen lain.

Baca juga: Baru tahu tabiat letak tangan dekat gear boleh rosakkan kereta, ini perkara yang ramai terlepas pandang