Wanita Indonesia terkejut tengok kelakuan tertib rakyat Malaysia ketika makan bufet

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita warga Indonesia yang bekerja di sini mengakui kagum dengan sikap sopan rakyat Malaysia ketika menikmati makanan bufet.

Wanita itu yang menggunakan TikTok @viefriyani berkata, dia terkejut melihat budaya dan ketertiban rakyat di negara ini yang tidak berebut-rebut ketika mengambil makanan.

Dia berkata, jika dia tidak menetap di Malaysia, dia tidak akan tahu bahawa amalan beratur untuk bufet di sini sangat sopan.

“Jika saya tidak tinggal di Malaysia, saya tidak akan tahu bahawa makan di bufet di sini tidak melibatkan perebutan makanan,” kata kapsyen pada videonya.

Kata wanita itu, suasana ketika menikmati makanan bufet di Malaysia jauh berbeza dengan negaranya sendiri.

Menceritakan pengalamannya menginap di sebuah hotel mewah di Indonesia, dia terkejut apabila bufet sarapan pagi bukan sahaja kehabisan makanan tetapi juga tidak diisi semula oleh staf hotel.

Keadaan menjadi kelam-kabut, dengan tetamu memotong barisan dan mengambil makanan tanpa memikirkan orang lain.

“Hanya berkongsi pengalaman peribadi sahaja, apabila saya pulang ke Indonesia, hotel mewah seperti JW Marriott, bufet sarapan pagi habis dan tidak diisi semula.

“Saya benar-benar terkejut. Mungkin juga kami tidak bernasib baik pada hari itu. Keadaannya kelam-kabut, orang ramai tidak tahu cara beratur dengan betul dan terus memotong barisan untuk mengambil makanan,” tulisnya.

Video TikToknya sehingga kini sudah meraih lebih 800k tontonan dengan lebih 1.5k komen ditinggalkan

Baca juga: “Suami cakap dia ‘main-main’ je tapi perempuan tu betul sayang dia, lepas kantoi…”