Malaysia Dateline

Wanita ini dikecam demi ‘content’ TikTok selepas cetuskan ‘misteri’ kelibat rambut panjang

Seorang wanita dikecam oleh warganet selepas dilihat cuba mencetuskan ‘misteri’ apabila memuatnaik video yang memaparkan kelibat berambut panjang.

Menerusi kapsyen dalam video di aplikasi TikTok itu, ibu tersebut memberitahu bahawa anak lelakinya yang dipanggil “adik” tiba-tiba berlari ke arahnya seperti takutkan sesuatu.

“Adik pun tengah-tengah elok main berlari macam takut saja mai kat mama. Mama terus stop rakam sebab nak peluk adik.

“Mama tak syak apa-apa masa itu, sampailah pagi ni mama tengok balik apa yang mama videokan semalam…

“Pagi ini mama nak post video ni kat status WhatsApp, tapi berkali-kali mama tengok, macam aneh saja rambut anak mama.

“Sejak bila rambut anak mama panjang sampai ke pinggang?” soalnya.

Walau bagaimanapun, netizen dilihat rajin apabila ‘menyelongkar’ video yang sebelum itu dimuat naik oleh wanita itu sehingga menemukan video yang menunjukkan ibu tersebut juga mempunyai seorang lagi anak perempuan.

Ekoran itu, warganet secara ‘berjemaah’ mengutuk wanita berkenaan dengan antara lain menganggap sengaja mereka-reka cerita lantaran ‘laparkan’ perhatian dan content di aplikasi TikTok.

“Demi sebuah content TikTok. Anak dia dua perempuan dipakaikan baju sama. Sorang tu rambut panjang. Boleh tengok video lain,” selar Hanif Nasir.

Sementara itu, Lina Razie pula secara sinis mengucapkan tahniah kepada wanita berkenaan.

“Ada dua anak perempuan baju warna sama tapi design lain-lain. Baju anak yang rambut panjang dan rambut pendek berbeza tu.

“Memang video minta perhatian. Syabas, anda dah berjaya👏👏👏,” sindir Lina.

Hal sama dibangkitkan oleh Azila Jaafar apabila berpendapat imej berambut panjang itu adalah kakak kepada budak perempuan di dalam video itu.

“Cuba tengok video lain. Yang besar sikit, perempuan jugak, rambut panjang. Mungkin dalam video yang rambut panjang itu si kakak.

“Kalau tuan tanah saja nak buat content guna anak-anak,harap cepat-cepat bertaubat,” nasihat Azila lagi.

Terdapat warganet lebih teliti malah mengakui gigih menyiasat profil Facebook wanita yang ‘kantoi’ itu apabila membandingkan baju di dalam video tersebut yang sebenarnya berbeza.

Hangpa dok nampak tang rambut saja. haha.. Cuba perhati baju depa tu, baju jenis lain, satu sepasang baju dengan seluar.

“Satu baju lagi, dia panjang sampai ke bawah. Corak saja yang sama. Tu yang hangpa keliru. Memang ada dua anak perempuan,” jelas Syafiq Asraf dalam loghat Utara.

Seruan supaya wanita itu ‘bertaubat’ juga diingatkan beberapa kali oleh netizen lain. Bahkan, memberi amaran bahawa jika insiden seram itu dibimbangi benar-benar terjadi kemudian hari.

“Bukan apa. Takut terjadi betul-betul kat anak. Setiap kata adalah doa. Kalau betul, semoga Allah melindungi kamu semua. Aamin,” kata seorang pengguna Facebook lain pula.

Baca juga Benarkah anda anak keturunan Melayu? Cuba jawab 20 teka-teki berusia lebih 100 tahun ini