Wanita ini kongsi pandangan apa yang kita boleh belajar dari kes Johnny Depp dan Amber Heard

Oleh NASUHA RAHMAN

Kes Johnny Depp dengan bekas isterinya Amber Heard terus hangat diperkatakan apatah lagi Johnny menang dalam saman fitnah itu. Bagaimanapun wanita ini Suhaili Baharudin kongsi pendapat dan pandangan tentang apa yang kita boleh belajar dari kes pelakon ini.

Johnny Depp menang, apa yang kita boleh belajar dari kes ni?

1.Johnny dan Amber datang dari background yang hampir sama. Didera oleh parent mereka. Emak Johnny ni perangai memang hauk dan selalu kutuk fizikal anak-anak dan buli suami.

Johnny kata dia fikir itu adalah normal sehingga sampai satu tahap umur dia boleh berfikir – Oh this is not normal rupanya.

Tapi sehingga akhir hayat mak dia, Johnny jaga sebaiknya dengan sediakan rawatan hospital yang terbaik, jururawat peribadi dan bawa anak-anak dia to say goodbye pada nenek mereka untuk kali terakhir. Bezanya adalah, Amber jadi pendera (abuser) tapi Johnny menjadi orang yang penuh empati.

2.Amber (puaka) dikatakan ada narsistik yakni konsep perangai – Aku salah tapi aku tetap betul sampai mati dan aku akan susahkan hidup kau sebelum kau susahkan hidup aku. Gitu. Dia percaya dengan semua penipuan yang dia cipta sendiri dan nak satu dunia ikut mereng sekali.

Wanita ini kongsi pandangan apa yang kita boleh belajar dari kes Johnny Depp dan Amber Heard
Amber dikatakan ada narsistik

3.Kawan-kawan Johnny kekal setia dari awal hingga akhir. Menunjukkan sisi karakter Johnny yang sungguh baik, tak pernah berkira dan pemurah. Konsepnya Johnny have friends, and they never leave his side.

4.Amber hilang semua kawan sehinggakan di court tu setiap hari dia cuma ditemani adik dia (Whitney) yang Johnny kata memang budak tu pun jadi mangsa belasahan Amber. Tapi dah adik beradik gamaknya, i will be with u no matter what, gitu.

5.Setiap pagi Johnny akan tegur dan salam semua orang keliling dia termasuk pak guard, polis kat tepi-tepi tu, juga pada stenographer yang mana jadi steno ni tanggungjawabnya sungguh berat tapi paling tiada orang peduli dalam court tu kecuali Johnny. Setiap pagi dia say hi dan sebelum balik dia say bye. True star.

6.Saksi Johnny hampir kesemuanya professional, bila bercakap dan menjawab soalan kelihatan sungguh tenang, mahir dalam bidang masing-masing sehingga lawyer Amber nak twist pun sudahnya nampak mereka sendiri yang bodoh.

7.Saksi Amber – hampir kesemuanya huru hara baik expert witness sehinggalah marhaen. Ingat ni korang, kot tiba-tiba kita kena jadi saksi mohon bersedia supaya tak nampak bengap benar.

8.Johnny banyak kali tergagap. Bukan sebab stone tapi itulah beliau – Berfikir lama dulu sebelum bercakap. Dia juga sangat terkenal dengan penggunaan kosa kata dan perkataan yang jarang orang biasa gunakan. Puitis.

Tahu tak Johnny ni ada dislexia? Ini satu contoh we were born naturally with some tools to help us to go through life. Dia menunjukkan intelligent dia yang sebenar.

9.Johnny kekal tenang di semua situasi walaupun dah hilang segala-galanya. Semua orang tahu dia seorang yang sangat menjaga privacy tapi kali ni demi maruah, dia terpaksa tunjuk pada dunia segala video dan kisah yang memalukan. Demi sebuah keadilan.

10.Keganasan rumah tangga itu bukan isteri saja tapi suami juga boleh jadi mangsa. Demi sayang diamkan saja.

11.Kemampuan untuk mengawal emosi dalam keadaan tertekan akan ditunjukkan dalam performance kita. Bila kita sudah tak boleh mengawal apa yang kita fikir, emosi dan kelakuan maka kita akan gagal untuk kawal perkara lain.

12.Being a famous actor can be so exciting yet so lonely. Hidup Johnny hanya dengan gitar dan art dia. Orang seni memang begitu agaknya sebab itu Amber kata bekas suami dia ni boring, old fat man. Cis.

13.Yang paling orang perasan adalah kesemua laywer Johnny refleks seperti beliau iaitu tenang, rileks dan bijaksana. They presented well dan hubungan depa bukan setakat client tapi betul-betul mahukan keadilan untuk Johnny sampai mereka develop kemesraan dah macam keluarga sendiri.

14.Lawyer Amber? sama macam Amber tu haa yakni menggelupur, kasar, menyakitkan hati dengan soalan yang kita rasa tak releven (mungkin supaya saksi rasa marah dan akhirnya terperangkap dengan jawapan) tapi gagal sebab semua saksi Johnny power benar. Kerana tiada unsur menipu statement disitu.

15.Di saat dia jatuh dan waktu tak ada orang percayakan dia, hanya Dior berani ambik risiko dan offer dia jadi duta (Dior Sauvage Fragrance).

Sepanjang perbicaraan ni, setiap 3 saat orang bertalu-talu beli demi berterima kasih pada Dior dan tanda menyokong Johnny. Sales mereka juga melonjak luar biasa.

16.Para fanatik pi layan semua movie Johnny di rumah masing-masing dengan harapan dapat bantu dia dapat royalti nanti.

17.Disebabkan Disney dah kerek dengan dia, Johnny kata kalau offer semula dengan 300 million dan sejuta alpacas pun, dia tak nak join Disney dah. Kenapa alpacas? Entah, Johnny ni memang aneh.

Peminat Johnny bawa alpacas di luar mahkamah

18.Habis closing jumaat minggu lepas, Johnny terus terbang ke London dan perform main gitar di Royal Albert Hall dengan legenda di sana. Release the stress barangkali.

19.Pagi tadi waktu keluar keputusan, rilek aje Johnny lepak di bar London sambil tengok tv. Gambar dibawah selepas dia diumumkan menang. Cool bukan?

Johnny lepak di bar Landon sewaktu keputusan kes keluar

20.Amber mungkin akan diisytihar bankrap. Mana la dia nak cekau duit bayar ke Johnny nanti. But knowing Johnny, dia tak heran dah duit tu semua sebab konsep dia “No matter what happen, i did get here and i did tell the truth.”

Keputusannya, tuduhan Amber pada Johnny adalah penipuan. Banyak yang di reka sendiri sebab dia sewel like that.

This man has an awesome old soul and the most sweetest pirate ever!
Tahniah Johnny Depp.

Baca juga: Johnny Depp luah 6 tahun dia dibenci keluarga, peminat kerana fitnah bekas isteri

Baca juga: Johnny Depp: ‘Juri mengembalikan hidup saya’