Malaysia Dateline

Wanita Italy dan Islam

1. Seorang wanita warga Italy yang telah diculik di sebuah negara di Afrika telah akhirnya memeluk agama Islam.

2. Tidak sedikit juga dari rakyat Italy, yang pada mulanya mendesak Kerajaan Italy mencari jalan untuk pembebasan beliau, telah kemudiannya meluahkan kemarahan ke atas mangsa penculikan tersebut kerana beliau telah kembali semula ke Italy dalam keadaan telah bertukar agama kepada agama Islam dan mula berhijab.

3. Beliau telah memilih nama barunya sebagai Aishah Silvia Romano.

Dalam satu wawancara bersama beliau, antara lain beliau menyatakan ada beberapa ayat di dalam Al-Quran yang beliau baca seperti ayat di dalam surah Al-Anfal, Al-Imran dan Al-Baqarah yang telah membuatkan beliau berfikir secara mendalam dan seterusnya berjaya mempengaruhi keputusan beliau untuk menerima Islam.

Beliau juga memberitahu perubahan positif yang berlaku ke atas beliau selepas memeluk agama Islam.

4. Saya tertarik juga apabila beliau menjawab soalan berikut iaitu pada pandangan beliau “mengapakah Islam itu seringkali dianggap sebagai ancaman oleh sesetengah pihak?”.

Beliau menjawab :-

“Kerana Islam itu berlawanan dengan sistem yang bersandar kepada kezaliman atau ketidakadilan, kekuasaan (politik) wang, rasuah dan pembohongan atau falsehood. Sistem seperti itu memandang Islam itu sebagai ancaman!”

5. Jawapan beliau tersebut, maaf, telah memprovokasi persoalan ini pula di dalam minda saya

“Jika Islam itu dianggap sebagai ancaman kerana dilihat menentang ketidakadilan, kekuasaan wang, rasuah dan pembohongan, bagaimana pula jika ada pihak yang mengaku dan berbangga bahawa mereka adalah pejuang dan pembela Islam, tiba tiba depa pula tidak ada masalah untuk boleh bersama menyokong ketidakadilan, kekuasaan (politik) wang, rasuah dan salah guna kuasa dan juga pembohongan? Tidak kah itu dilihat satu yang ironi?

والله اعلم. وبالله التوفيق. وهو الهادي الى سواء الطريق

P/S Di Italy iaitu di Milan, salah seorang Ahli Parlimennya adalah seorang wanita Muslim yang berhijab yang bernama Sumayyah.