Walaupun ada banyak khasiat tapi belut antara ikan yang jarang dimasak di rumah, kebanyakan orang lebih selesa makan di kedai.
Ada yang rasa renyah nak bersihkan segala lendir dan hilangkan bau hanyir, ambil masa bagi memastikan ia sudah sedia untuk dimasak.
Rupanya tak susah pun nak hilangkan bau hanyir dan lendir, kalau tak reti nak siang, minta sahaja kedai buat selepas beli ia.
Belut merupakan sejenis ikan yang berbadan panjang tanpa anggota tangan atau kaki dan tak ramai tahu bahawa ia menawarkan pelbagai manfaat kesihatan.
Ikuti perkongsian seorang wanita, Kak Num menerusi YouTube ‘Jom Masak-Masak’.
“Belut sifatnya berbau hanyir dan berlendir. Setengah orang rasa renyah untuk membersihkannya. Namun belut banyak khasiat kepada tubuh badan kita.
“Jika betul prosesnya belut menjadi santapan yg sedap berkhasiat dan diidamkan semua. Ikuti petua mudah Kaknum untuk membersih segala bau hanyir dan lendir belut.”
Cara mudah hilangkan bau hanyir, lendir belut
Bahan-bahan:
- Asam limau/lemon
- Asam jawa
- Garam
- Tepung gandum
Cara-cara:
- Pastikan belut dipotong mengikut saiz yang dikehendaki sebelum gaul ia bersama asam jawa dalam satu bekas besar.
- Kemudian perahkan asam limau atau lemon ke atas belut dan masukkan ia ke dalam bekas sama selepas selesai perah.
- Masukkan satu sudu garam dan gaul ia hingga kesemua garam larut.
- Masukkan satu sudu tepung gandum dan gaul kesemua bahan tadi menggunakan sudu.
- Perap selama 5 ke 10 minit sebelum bilas ia sehingga bersih.
- Siap! Belut dah tak berbau hanyir dan lendir juga hilang.
Baca juga: Buat semburan ‘homemade’, boleh hilangkan karat pada perkakas guna 3 bahan sahaja!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio