Sebagai wanita ada pahit manis duduk berjiran dengan mak mentua, kali ini wanita ini berkongsi cerita bagaimana beliau menjalani kehidupan.
Ramai yang memberi pendapat dan menasihatkan untuk tidak tinggal bersama mertua dalam satu rumah kepada pasangan yang baru berkahwin.
Walaupun pada asasnya dilihat biasa, namun perkara itu mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Jika dilihat dengan mata kasar, tiada masalah yang akan terjadi kerana menantu juga merupakan keluarga.
Akan tetapi jika dilihat dalam Islam, suami wajib menyediakan rumah buat isteri kerana ia termasuk dalam nafkah tempat tinggal, yang merupakan hak peribadi isteri dan ia juga perlu mengikut kemampuan si suami, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Cerita aku dan mertuaku..
Masyarakat sering disuapkan dengan sisi gelap apabila duduk berhampiran dengan mertua tetapi bukan seperti wanita yang dikenali Ani (@sis_ani_) di mana dia berkongsi kisah manis apabila berjiran dengan keluarga mertuanya.
Kisah Ani dan mertuanya telah menjadi tular di media sosial susulan layanan yang diberikan oleh ibu mertuanya sangat baik seperti anak sendiri.
Ani menunjukkan perbualan di aplikasi WhatsApp di mana ibu mertua sering memintanya singgah ke rumah untuk mengambil hidangan yang dimasak olehnya.
Boleh dikatakan setiap hari, ibu mertua Ani meminta pertolongan Ainul supaya membawa bekas untuk mengambil lauk yang dibuat olehnya.
Menurut Ani, itu merupakan realiti yang dihadapi olehnya setelah duduk berjiran dengan mertuanya.
Dengan menggunakan penghantar suara, ibu mertua Ani memberi ayat penyata meminta Ainul supaya membawa bekas lauk.
“Ani, suruh adik datang ambil ayam gajus dekat rumah mak.
“Ani suruh Ainul datang ambil bubur kacang.
“Ani suruh Ainul datang sini ambil jemput-jemput,” itu merupakan kata-kata yang sering diucapkan oleh ibu mertua Ani.
Kata Ani, jangan cuba-cuba untuk tidak pergi ambil, kalau tidak akan berlaku drama sedih di mana ibu mertuanya akan menghantar ayat bernada ‘kecewa’.
“Nak ke lauk tu, ke tidak mahu? Tidak datang pun hantar bekas,” luah ibu mertua.
“Eh nak, nak mak.Orang dah terlupa sebab dekat kedai kerepek ini.
“Kejap, Ainul pula tidur. Kejap lagi saya ambil,” jelas Ani.
Ibu mertua Ani sering menghidangkan pelbagai jenis juadah dan dia juga tidak lupa untuk memasak lebih supaya menantunya dapat merasai masakannya.
“Ani suruh adik datang bawa mangkuk-mangkuk mak yang ada di rumah (Ani), dan mangkuk Ani untuk isi lauk kari. Suruh dia ambil lauk.
“Ani kalau nak lauk pajeri nenas dengan terung, suruh Ainul datang ambil bawa bekas jangan besar sangat, kecil sahaja,” kata ibu mertuanya.
Biarpun terdapat pelbagai kisah seram yang membabitkan mertua dan menantu namun dengan kisah Ani itu masih menunjukkan bahawa tidak semua mertua mempunyai perangai yang sama.
Baca juga: Gara-gara turap jalan sendiri tanpa persetujuan, sukarelawan kini diburu polis