Pening memikirkan bagaimanalah koloni semut boleh masuk ke dalam balang simpanan gula di dapur, walhal sudah habis ketat bekas ditutup. Bermacam cara sudah dilakukan tetapi serangga kecil ini seperti tidak kenal erti serik!
Sama seperti yang berlaku pada seorang pengguna Facebook bernama Nik Hakimah yang meluahkan sudah buntu mencari jalan manghapuskan kawanan semut ini.
Segala cara sudah dilakukannya termasuk menggunakan bunga cengkih, kayu manis dan menjemur gula tersebut.
Apa yang lebih melucukan, wanita berkenaan juga berkongsikan gambar bekas gula yang dihurung semut, namun pisau yang ditusuk di dalam gunungan gula itu membuat ramai terhibur.
“Tolonglah. Bunga cengkih dah Kayu manis dah. Jemur dah. Cakap dah. Cacak pisau dah. Apa lagi nak buat. Jenuh tak boleh guna gula. Asyik kena hurung semut.
“Banyak cengkih dan kayu manis tu. Tapi dah terendam dalam gula. Takkan nak masuk gula dalam balang rempah pulak kotttt,” katanya.
Perkongsian wanita berkenaan di laman kumpulan Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official menarik perhatian ramai dengan rata-rata dari mereka tidak lokek berkongsi tips berkesan menjauhkan balang gula dari koloni semut.
Semut sebenarnya merupakan serangga yang tidak gemarkan bauan dan aroma yang kuat – seperti yang terdapat pada rempah ratus seperti cengkih dan kayu manis.
Bagaimanapun jika ia tidak berkesan, banyak cara lain boleh digunakan untuk mengusir dan menghalang semut daripada terus berleluasa di dapur anda.
Antara yang menarik perhatian adalah tips dari warganet yang menggunakan akaun Ku Airin. Menurut wanita ini, hanya lumurkan sedikit minyak di bahagian penutup bekas gula, segala jenis semut tidak akan dapat memasuki balang gula anda.
Petua itu juga disokong warganet yang lain yang memberitahu mereka juga sudah lama menggunakan tips tersebut yang diajar oleh arwah ibu mereka.
Pada masa sama, ada juga yang mencadangkan cara moden iaitu dengan menggunakan racun semut yang boleh didapati dengan mudah di platform Shoppee yang berharga hanya RM1.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio