Kuih Cakoi merupakan salah satu jenis hidangan yang sangat digemari dan terkenal dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
Selain dipanggil Cakoi oleh bangsa Melayu, kuih ini juga cukup dikenali di kalangan masyarakat Cina dengan nama ‘Youtiao’ (Mandarin) atau ‘Yau Char Kwai’ (Kantonis).
Menyedari kuih ini digemari ramai, seorang wanita tampil berkongsi ilmu penyediaan Cakoi dan pencicah olahannya menerusi satu hantaran tular di akaun Facebook miliknya.
“Bercakoi di pagi hari dengan bahan-bahan yang mudah. Untuk mendapatkan hasil berongga dan bersarang yang cantik, jangan lupa untuk peram doh semalaman dahulu.
“Ini resepi Cakoi cina daripada dapur melayu,” kata pengguna Facebook bernama Nur Nabilah Jailani menerusi perkongsian di kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Bahan-bahan:
- Satu setengah cawan tepung gandum
- Tiga sudu teh serbuk penaik
- Setengah sudu teh gula
- Satu perempat sudu teh garam
- Tiga sudu makan minyak masak
- Setengah cawan air
Cara-cara penyediaan kuih Cakoi:
1. Campurkan semua bahan di atas dan uli bancuhan selama tiga ke empat minit sehingga menjadi doh.
2. Kemudian, simpankan doh di dalam satu bekas dan rehatkan selama satu jam.
3. Selepas itu, sambung uli adunan doh selama sembilan ke 10 minit dengan menggunakan tangan).
4. Masukkan doh ke dalam plastik dan simpan di chiller semalaman sekurangnya lapan ke sembilan jam untuk mendapatkan hasil yang berongga dan bersarang.
5. Sebelum bentukkan seperti cakoi, keluarkan adunan dan biarkan pada suhu bilik selama dua jam. Kemudian, baru boleh dibentuk dan gorengkan seperti biasa.
6. Bagi mendapatkan cakoi yang mengembang dengan jayanya, pastikan adunan selalu dipusing-pusingkan semasa menggoreng.
Resepi Srikaya Pandan ala Boat Noodle
Bahan-bahan:
- Satu setengah cawan susu cair
- Sedikit pes atau esen pandan
- Secubit garam
- Satu setengah sudu tepung kastard
- Tiga ke empat sudu susu pekat
- Sedikit pewarna hijau
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan masak di atas api yang kecil. Sentiasa kacau hingga bancuhan menjadi pekat dan timbul letupan-letupan besar. Selamat mencuba!
Baca juga: Pepijat atas tilam, jangan panik! Guna satu alat ini sahaja boleh selesai masalah
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio