Wanita kongsi resipi burger prosperity ala McD, RM25 boleh makan 11 orang!

Oleh MAISARAH AISYA

Zaman sekarang ini kalau boleh semua orang nak jimat dan makan sahaja di rumah, tapi kadang-kadang habis pula idea untuk resipi baru.

Bagi yang pernah makan prosperity burger McD, mesti tahu betapa sedapnya rasa tapi makin lama makin kecil saiz dan harga bertambah.

Seorang wanita Aida Haron tampil berkongsi resipi burger tersebut tapi versi bulat dengan modal hanya RM25 sahaja di laman Facebook ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

Resipi burger prosperity ala McD

Patty daging

Bahan-bahan:

  • Daging Ramly 800g (dapatlah 11 Patty)
  • 2 sudu besar cukup rasa
  • Parsley/oregano/mix herbs (mana-mana yang ada di rumah)

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan di atas menggunakan tangan.
  2. Bila dah sebati, timbang patti dalam 80 gram dan bulatkan sebelum leperkan dia macam daging burger biasa.
  3. Pastikan tekan tengah daging betul-betul agar masak sekata semuanya.
  4. Letas atas kertas parchment supaya tidak melekat kesemua daging.
  5. Guna non stick pan dan tak perlu letak minyak terlalu banyak sebab daging sendiri akan keluarkan minyak.

Sos black pepper

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar butter
  • 1 biji bawang besar ( potong dadu )
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar coarse black pepper, (serbuk pun boleh) ikut nak pedas tahap mana
  • Bay leaves (daun salam) (optional)
  • 1 cawan air
  • 1 kiub daging/ayam
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram

Cara-cara:

  1. Cairkan mentega
  2. Masukkan bawang dadu ,
  3. Bawang dah agak translucent, masukkan tepung gandum
  4. Kacau sampai jadi warna coklat gold ya, jangan tinggal nanti hangus!
  5. Pastu masukkan black pepper, air ,kiub daging ,bay leaves, kicap dan sos tiram
  6. Kacau ikutlah pekat mana korang nak sos black pepper tu
  7. Dah siap celuplah daging yang kita dah goreng tadi
  8. Hias dengan bawang holland yang dah dihiris. Siapppp!

Baca juga: Teringat zaman sekolah! Wanita kongsi resipi mee goreng macam dijual di kantin