Wanita mati dibunuh: Polis perlu ketat prosedur pemilikan senjata

Wanita mati dibunuh: Polis perlu ketat prosedur pemilikan senjata

Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetatkan prosedur pemilikan senjata di negara ini.

Dr Siti Mariah MahmudAngkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetatkan prosedur pemilikan senjata di negara ini.

 Ketua Awan Dr Siti Mariah Mahmood berkata, beliau amat memandang serius kematian seorang wanita berusia 49 tahun yang ditembak ketika sedang memandu di Pulau Pinang baru-baru ini.

“Kes itu walau pun masih dalam siasatan polis, tetapi persoalan mengapa ia berlaku menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan masyarakat terutamanya wanita.

“Pihak polis perlu mengetatkan prosedur pemilikan senjata. Apa yang berlaku adalah sebuah jenayah, dan hanya petanda atau ‘tip of iceberg’ kepada keadaan masyarakat pada hari ini.

“Menghukum pesalah mungkin menyelesaikan satu perkara tetapi menggali punca jenayah berlaku dan menyelesaikannya adalah lebih kritikal lagi,” katanya.

Justeru Awan menyakini bahawa keselamatan dan keamanan dalam masyarakat adalah objektif tertinggi yang perlu dicapai oleh pentadbir negara.

“Lebih-lebih lagi khusus bagi wanita dan kanak-kanak, dan masyarakat secara umumnya.” ujarnya.

Dalam kejadian pada Selasa lalu, seorang wanita dikenali sebagai Ruby Lee Poh Ai ditembak ketika memandu kereta BMW di kawasan Taman Pekaka Sungai Dua Pulau Pinang.

Dalam kejadian disyaki dua lelaki bermotosikal menghampiri kereta dan pemboncengnya melepaskan tembakan.Polis berkata, kira-kira 10 das tembakan dilepaskan tiga mengenai kepala mangsa.

TAGS