Wanita memakai  saree PKR  tarik tumpuan mahu raikan Anwar bebas

Wanita memakai saree PKR tarik tumpuan mahu raikan Anwar bebas

Seorang wanita Devamalar R. Mugam sejak awal pagi sudah berada di hadapan Pusat Rehabilitasi Hospital Cheras semata-mata untuk menyambut pembebasan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengayakan sepasang saree.

Beliau juga sanggup mengambil cuti hari ini dan bangun seawal 4.00 pagi hari ini, untuk bersiap sedia menemui tokoh reformasi itu.

“Saya mengambil cuti dari kerja dan bangun pukul 4 pagi untuk bersiap sedia.

“Saya adalah yang pertama di sini pada jam 7 pagi dan hanya mengetahui kemudian bahawa Anwar akan dibebaskan esok (16 Mei),” katanya ketika ditemui di luar pusat itu seperti dilaporkan Staronline.

Semalan dilaporkan Anwar akan dibebaskan hari ini tetapi masa itu dipinda pada esok. Ini berikutan  Lembaga Pengampunan Diraja akan membincangkan pembebasan Anwar pada esok, tetapi tidak dapat dipasti bila waktu pembebasan itu akan berlaku.

Devamalar berkata beliau memutuskan untuk mengubah bentuk sepanduk PKR menjadi saree untuk  menyambut Anwar.

“Suami saya  dapatkan sepanduk 6meter  ini dan saya membelanjakan RM150 untuk dijadikan saree,” katanya.

Ibu yang berusia 45 tahun dari Puchong ini  berkata, dia tidak kecewa kerana tidak dapat melihat dan menyapa Anwar di hari pembebasannya esok.

“Tidak mengapa, jika Anwar tidakdapat dibebaskan hari ini. Saya masih gembira berada di sini.

“Esok, seluruh negara akan gembira apabila Anwar akhirnya dibebaskan,” katanya.

Anak saudara lelaki Anwar, Harris Sani, adalah antara mereka yang datang berhimpun di pusat tersebut.

“Pembebasan Anwar akan bergantung kepada nasihat doktor,” katanya.
Sekumpulan kecil penyokong Anwar dilihat di luar pintu utama Selasa.

Antara turut melawa Anwar hari ini Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar dan Pengarah Strategi Sim Tze Tzin.

Dr Xavier berkata, Anwar kelihatan sangat bersemangat dan kesihatannya baik.

Beliau berharap agar Anwar dibebaskan pada hari Khamis (17 Mei), yang juga menandakan permulaan bulan puasa Ramadan.

CATEGORIES