Wanita mengigil bayar kos baiki stereng Viva, ‘diketuk’ bengkel lebih RM6000! – “Boleh beli kereta sebiji!”

Oleh MALAYSIADATELINE

Seorang wanita terkejut apabila dikenakan caj lebih RM6000 apabila mengunjungi sebuah bengkel untuk membaiki kereta Viva miliknya yang mengalami kerosakkan di bahagian stereng.

Difahamkan, stereng itu sering bergegar ketika kereta berkenaan dipandu sehingga membuatkan wanita terbabit mengambil keputusan untuk menghantarnya ke sebuah bengkel.

Namun alangkah terkejutnya wanita itu apabila diminta untuk membuat pembayaran sebanyak RM4777 ditolak dengan deposit RM1500 selepas kenderaan tersebut siap dibaiki.

“Aku ‘swipe’ kad bank bayar kos baiki kereta dekat bengkel tadi RM4,777, menggigil mat,” kata wanita itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik platform X (dahulunya dikenali sebagai Twitter).

Resit dikongsikan wanita yang menghantar kereta Viva miliknya akibat kerosakan stereng.

Dalam hantaran di platform berkenaan, wanita itu turut memuat naik gambar resit memaparkan senarai semua komponen yang diganti dengan harga kos keseluruhan RM6,277.

Tinjauan di ruangan komen hantaran itu mendapati rata-rata pengguna X berpendapat wanita berkenaan telah ditipu oleh pihak bengkel kerana mengenakan caj mahal selain menggantikan komponen tanpa sebab.

Walaupun terkejut dengan kos dikenakan oleh bengkel tersebut, ramai juga pengguna terutama lelaki mengakui bahawa kejadian seperti itu sememangnya sering terjadi kepada pelanggan wanita.

“Minta buat aduan kepada pihak tribunal pengguna atas penipuan harga barang. ‘Steering rack’ Viva tak sampai RM3200. Harga tak masuk akal. Tulis set lengkap, tetapi barang lain tukar macam tambahan satu set lagi. Absorber RM500 pun pelik,” kata seorang pengguna.

“Perempuan kalau datang bengkel, ibarat serah diri untuk dipancung. Sudah tahap baik pulih sebiji kereta ini. Harga memang keras.” Kongsi pengguna lain yang kesal dengan tindakan pihak bengkel.

Baca juga: Hasil kerja tak setanding harga, wanita terkilan bayar ‘barber’ sampai RM160 tapi rambut anak tak cantik